Monday, June 10, 2013

Selamat Kembali Ke "The Thinking Collage"

Assalamualaikum..
Selamat kembali kepada semua penuntut Kolej Vokasional Kajang, Mulai hari ini bermulalah episod Semester ke-2 penuntut di Kolej Vokasional Kajang.

Pada Perhimpunan sulung semester ini, En. Kamaruddin telah mengingatkan kepada semua penuntut agar mengambil ikhtibar apa yang telah berlaku pada semester 1 lalu. "Ramai penuntut yang tidak "perform"  pada semester satu, jadikan ia sebagai sempadan dan tingkatkan prestasi diri mulai semester ini". tambahnya lagi " Semester satu memang merupakan pengalaman pertama, kita tak faham bagaimana sistem kolej beroperasi. Pada semester ke-2 ini, kita sudah tahu, jangan ulangi kesilapan yang sama".

Pada perhimpunan yang sama juga Tuan Pengarah mengingatkan para penuntut, " You got the power to choose, use it wisely". Kita mempunyai kuasa untuk memilih.. Sistem kolej berbeza dengan sistem persekolahan, dimana para penuntut yang menentukan kejayaan merreka sendiri dan hanya dibimbing oleh pensyarah, bukan pensyarah yang menentukan kejayaan mereka. tapi ramai yang tersalah pilih, dan akibatnya dapat di lihat melalui keputusan mereka. Pengarah juga mengingatkan penuntut agar lebih bersedia kerana mereka yang mempunyai kredit yang cukup sahaja akan menyambungkan pelajaran mereka ke  Kelas Diploma Vokasional. Bagi yang gagal memperoleh kredit yang cukup, mereka hanya dapat menyambung ke kelas kemahiran walaupun masih belajar di Kolej Vokasional Kajang. 



"Selamat Maju Jaya"