Wednesday, November 13, 2013

Tagline Baru KV Kajang

Hari ini Tuan Pengarah mengungumankan tagline baru bagi Kolej Vokasional Kajang.

Friday, October 11, 2013

Selamat Hari Raya Aidiladha

Assalamualaikum,,


Selamat Menyambut Aidiladha.. marilah sama-sama kita menghayatai disebalik pengorbanan yang di lakukan bersempena dengan perayaan yang Agung ini.

Thursday, September 12, 2013

Pendaftaran tahun 1 sesi 2014





Permohonan ke Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT), secara dalam talian (online) telah pun dibuka kepada capaian bsejak  17 September 2013 lalu, sehingga 25 Disember 2013  



Wednesday, June 19, 2013

Perasmian The Thinking College

Assalamualaum..
Hari ini tuan pengarah dengan rasminya merasikan logo The Thinking college.


" Kita tidak mungkin boleh mengajar murid kita untuk tahu semua perkara, tetapi kita boleh mengajar untuk berfikir dan dengan itu mereka boleh tahu semua perkara" - Pengarah KV Kajang

Monday, June 10, 2013

Selamat Kembali Ke "The Thinking Collage"

Assalamualaikum..
Selamat kembali kepada semua penuntut Kolej Vokasional Kajang, Mulai hari ini bermulalah episod Semester ke-2 penuntut di Kolej Vokasional Kajang.

Pada Perhimpunan sulung semester ini, En. Kamaruddin telah mengingatkan kepada semua penuntut agar mengambil ikhtibar apa yang telah berlaku pada semester 1 lalu. "Ramai penuntut yang tidak "perform"  pada semester satu, jadikan ia sebagai sempadan dan tingkatkan prestasi diri mulai semester ini". tambahnya lagi " Semester satu memang merupakan pengalaman pertama, kita tak faham bagaimana sistem kolej beroperasi. Pada semester ke-2 ini, kita sudah tahu, jangan ulangi kesilapan yang sama".

Pada perhimpunan yang sama juga Tuan Pengarah mengingatkan para penuntut, " You got the power to choose, use it wisely". Kita mempunyai kuasa untuk memilih.. Sistem kolej berbeza dengan sistem persekolahan, dimana para penuntut yang menentukan kejayaan merreka sendiri dan hanya dibimbing oleh pensyarah, bukan pensyarah yang menentukan kejayaan mereka. tapi ramai yang tersalah pilih, dan akibatnya dapat di lihat melalui keputusan mereka. Pengarah juga mengingatkan penuntut agar lebih bersedia kerana mereka yang mempunyai kredit yang cukup sahaja akan menyambungkan pelajaran mereka ke  Kelas Diploma Vokasional. Bagi yang gagal memperoleh kredit yang cukup, mereka hanya dapat menyambung ke kelas kemahiran walaupun masih belajar di Kolej Vokasional Kajang. 



"Selamat Maju Jaya"

Monday, June 3, 2013

Pertandingan Bowling tertutup Kelab Pensyarah KV Kajang

Pertandingan bermula pada jam 3 ptg.. bersempena dengan sambutan hari guru di Kolej Vokadional Kajang...
Lontaran Pertama Dari Tuan Pengarah Kolej
Pertndingan ini dirasmikan Tuan Pengarah Kolej...
pertandingan sangat meriah dengan gelagat para guru/pensyarah membuat pose strike masing2.
tambah memeriah lagi pertandingan ini dengan acara cabutan bertuah... hadiah utama set LED TV...
Acara penyampaian hadiah disempurnakan oleh YDP PIBG dan tun pengarah.

# Senrrai Pemenenang akan diupload kemudian...

Wednesday, May 29, 2013

Kembara Tak Berpenghujung

Tiada siapa yang menyuruhku,
Tiada siapa Yang menyaranku,
Tiada siapa yang memaksaku,
Tiada siapa yang mampu menghalangku,
kerana inilah pilihanku menjadi insan begelar guru,

Dsini ku semai azamku,
Di sini ku pahat nekadku,
Disini ku patri semangatku,
Disini ku sulam ikrarku,
Tanpa ragu atau keliru,
Ku mencari kecemerlangan diri,
menjadi insan bergelar guru,

Ku mulakan kembara Tak berpenghujung,
Selangkah demi selangkah,
bertatih, merangkak, berdiri, berjalan
dan lantas tidak menoleh lagi,
berlari dan terus berlari,

Ku teruskan Kembara Tak berpenghujung,
Jatuh dan Bangun silih berganti,
setiap waktu tanpa henti,
menitih hari, mendidik ilmu,
buat anak bangsaku,
tanpa jelak dan jemu,
demi mencari kecermelangan diri,
sebagai insan begelar guru,

Kembara Tak Bepenghujung,
tidak ku kesah jadinya,
dicampak kel laut menjadi pulau,
dicampak ke darat menjadi Gunung.
Hanya Tanah dan Cangkul,
yang mampu memisahku 
daripada menguji kecermelangan diri,
sebagai insan begelar guru

nukilan :
Tn. Hj. Mohd Ghazaly Bin Harun
(Pengarah Kolej Vokasional Kajang)
Dipersembahkan Pada :
Sambutan Hari Guru 2013
Peringkat Kolej Vokasional Kajang. 


# Pembaca dipersilakan comment dibawah bagi menambah baik lagi artikel ini.

Tuesday, May 28, 2013

Sambutan Hari Guru Di Kolej Vokasional Kajang

The Thinking Collage...
Sambutan Hari Guru , meriah..
bermula dengan perarakan Guru dari pejabat ke Dewan Harimau Malaya Kolej Vokasional Kajang
dengan iringan kompang..
Ucapan Tn. pengarah membakar semangat para guru, pensyarah

Thursday, May 16, 2013

Selamat Hari Guru Warga Pendidik KVKj

Assalamualaikum... Selamat Hari Guru buat semua pendidik, terutama guru-guru a.k.a  pensyarah di Kolej Vokasional Kajang. Semoga tahun ni dapat memberi suntikan semangat yang lebih kepada pendidik untuk maju kehadapan,

Saya percaya semua pendidiik di Kolej Vokasional Kajang semuanya komited falam mendidik anak-anak bangsa.... Teruskan usaha murni CIKGU

,

Sunday, May 12, 2013

Gotong Royong Perdana (10 Mei 2013)

Assalamualaikum,
Jumaat lalu, Kolej Vokasional Kajang telah mengadakan Gotong Royong Perdana, melibatkan semua kawasan termasuklah , bengkel, kawasan pentadbiran, blok kelas, kantin dan juga asrama. Aktiviti ini bukan sahja menuntut para pensyarah dan penuntut untuk menjaga kebersihan, malah turut juga membentuk kerjasama dikalangan penuntut dan juga pensyarah.

Aktiviti ini juga bersempena dengan Peperiksaan Akhir Semester 1 Kolej Vokasional Kajang , yang akan diadakan minggu hadapan. Alang-alang aktiviti gotong royong ini, semua alatan dan perkakas diatur mengikut aturan 5S. "ini akan memudahkan kerja,bila MPC datang untuk audit Kali ke-2 nanti"

Aktiviti Gotong Royong Perdana kali ini dibahagikan kepada 2 sesi, yang mana sesi pertama , warga Kolej Vokasional Kajang bekerjasama membersihkan kawasan sekolah, manakala sesi kedua (selepas solat jumaat) warga Kolej Vokasional Kajang membersihkan kawasan Asrama Penuntut.

sumber :  FB/Kolej Vokasional Kajang


sumber :  FB/Kolej Vokasional Kajang

sumber :  FB/Kolej Vokasional Kajang

sumber :  FB/Kolej Vokasional Kajang

# Pembaca dialukan comment di bawah untuk menambah lagi maklumat berkenaan artikel ini.

Tuesday, January 8, 2013

Temuduga Pengambilan Pelajar (Kmahiran) KV Kajang 2013

Sesi Temuduga yang mengambil masa hampir 3jam ini bermula dengan taklimatringkas dari  Tuan Pengarah Kolej Vokasional Kajang, di dewan Harimau Malaya,

Seterusnya ibu-bapa dan bakal penuntut di bawa ke kelas untuk sesi temuduga, 

Pss: Kepada bakal penuntut.. Good Luck diucapkan.. jumpa lagi bila sudah bergelar penuntut Kolej Vokasional Kajang.