Sunday, May 12, 2013

Gotong Royong Perdana (10 Mei 2013)

Assalamualaikum,
Jumaat lalu, Kolej Vokasional Kajang telah mengadakan Gotong Royong Perdana, melibatkan semua kawasan termasuklah , bengkel, kawasan pentadbiran, blok kelas, kantin dan juga asrama. Aktiviti ini bukan sahja menuntut para pensyarah dan penuntut untuk menjaga kebersihan, malah turut juga membentuk kerjasama dikalangan penuntut dan juga pensyarah.

Aktiviti ini juga bersempena dengan Peperiksaan Akhir Semester 1 Kolej Vokasional Kajang , yang akan diadakan minggu hadapan. Alang-alang aktiviti gotong royong ini, semua alatan dan perkakas diatur mengikut aturan 5S. "ini akan memudahkan kerja,bila MPC datang untuk audit Kali ke-2 nanti"

Aktiviti Gotong Royong Perdana kali ini dibahagikan kepada 2 sesi, yang mana sesi pertama , warga Kolej Vokasional Kajang bekerjasama membersihkan kawasan sekolah, manakala sesi kedua (selepas solat jumaat) warga Kolej Vokasional Kajang membersihkan kawasan Asrama Penuntut.

sumber :  FB/Kolej Vokasional Kajang


sumber :  FB/Kolej Vokasional Kajang

sumber :  FB/Kolej Vokasional Kajang

sumber :  FB/Kolej Vokasional Kajang

# Pembaca dialukan comment di bawah untuk menambah lagi maklumat berkenaan artikel ini.