Tiada siapa yang menyuruhku,
Tiada siapa Yang menyaranku,
Tiada siapa yang memaksaku,
Tiada siapa yang mampu menghalangku,
kerana inilah pilihanku menjadi insan begelar guru,
Dsini ku semai azamku,
Di sini ku pahat nekadku,
Disini ku patri semangatku,
Disini ku sulam ikrarku,
Tanpa ragu atau keliru,
Ku mencari kecemerlangan diri,
menjadi insan bergelar guru,
Ku mulakan kembara Tak berpenghujung,
Selangkah demi selangkah,
bertatih, merangkak, berdiri, berjalan
dan lantas tidak menoleh lagi,
berlari dan terus berlari,
Ku teruskan Kembara Tak berpenghujung,
Jatuh dan Bangun silih berganti,
setiap waktu tanpa henti,
menitih hari, mendidik ilmu,
buat anak bangsaku,
tanpa jelak dan jemu,
demi mencari kecermelangan diri,
sebagai insan begelar guru,
Kembara Tak Bepenghujung,
tidak ku kesah jadinya,
dicampak kel laut menjadi pulau,
dicampak ke darat menjadi Gunung.
Hanya Tanah dan Cangkul,
yang mampu memisahku
daripada menguji kecermelangan diri,
sebagai insan begelar guru
nukilan :
Tn. Hj. Mohd Ghazaly Bin Harun
(Pengarah Kolej Vokasional Kajang)
Dipersembahkan Pada :
Sambutan Hari Guru 2013
Peringkat Kolej Vokasional Kajang.
Tn. Hj. Mohd Ghazaly Bin Harun
(Pengarah Kolej Vokasional Kajang)
Dipersembahkan Pada :
Sambutan Hari Guru 2013
Peringkat Kolej Vokasional Kajang.
# Pembaca dipersilakan comment dibawah bagi menambah baik lagi artikel ini.