Wednesday, May 29, 2013

Kembara Tak Berpenghujung

Tiada siapa yang menyuruhku,
Tiada siapa Yang menyaranku,
Tiada siapa yang memaksaku,
Tiada siapa yang mampu menghalangku,
kerana inilah pilihanku menjadi insan begelar guru,

Dsini ku semai azamku,
Di sini ku pahat nekadku,
Disini ku patri semangatku,
Disini ku sulam ikrarku,
Tanpa ragu atau keliru,
Ku mencari kecemerlangan diri,
menjadi insan bergelar guru,

Ku mulakan kembara Tak berpenghujung,
Selangkah demi selangkah,
bertatih, merangkak, berdiri, berjalan
dan lantas tidak menoleh lagi,
berlari dan terus berlari,

Ku teruskan Kembara Tak berpenghujung,
Jatuh dan Bangun silih berganti,
setiap waktu tanpa henti,
menitih hari, mendidik ilmu,
buat anak bangsaku,
tanpa jelak dan jemu,
demi mencari kecermelangan diri,
sebagai insan begelar guru,

Kembara Tak Bepenghujung,
tidak ku kesah jadinya,
dicampak kel laut menjadi pulau,
dicampak ke darat menjadi Gunung.
Hanya Tanah dan Cangkul,
yang mampu memisahku 
daripada menguji kecermelangan diri,
sebagai insan begelar guru

nukilan :
Tn. Hj. Mohd Ghazaly Bin Harun
(Pengarah Kolej Vokasional Kajang)
Dipersembahkan Pada :
Sambutan Hari Guru 2013
Peringkat Kolej Vokasional Kajang. 


# Pembaca dipersilakan comment dibawah bagi menambah baik lagi artikel ini.

Tuesday, May 28, 2013

Sambutan Hari Guru Di Kolej Vokasional Kajang

The Thinking Collage...
Sambutan Hari Guru , meriah..
bermula dengan perarakan Guru dari pejabat ke Dewan Harimau Malaya Kolej Vokasional Kajang
dengan iringan kompang..
Ucapan Tn. pengarah membakar semangat para guru, pensyarah

Thursday, May 16, 2013

Selamat Hari Guru Warga Pendidik KVKj

Assalamualaikum... Selamat Hari Guru buat semua pendidik, terutama guru-guru a.k.a  pensyarah di Kolej Vokasional Kajang. Semoga tahun ni dapat memberi suntikan semangat yang lebih kepada pendidik untuk maju kehadapan,

Saya percaya semua pendidiik di Kolej Vokasional Kajang semuanya komited falam mendidik anak-anak bangsa.... Teruskan usaha murni CIKGU

,

Sunday, May 12, 2013

Gotong Royong Perdana (10 Mei 2013)

Assalamualaikum,
Jumaat lalu, Kolej Vokasional Kajang telah mengadakan Gotong Royong Perdana, melibatkan semua kawasan termasuklah , bengkel, kawasan pentadbiran, blok kelas, kantin dan juga asrama. Aktiviti ini bukan sahja menuntut para pensyarah dan penuntut untuk menjaga kebersihan, malah turut juga membentuk kerjasama dikalangan penuntut dan juga pensyarah.

Aktiviti ini juga bersempena dengan Peperiksaan Akhir Semester 1 Kolej Vokasional Kajang , yang akan diadakan minggu hadapan. Alang-alang aktiviti gotong royong ini, semua alatan dan perkakas diatur mengikut aturan 5S. "ini akan memudahkan kerja,bila MPC datang untuk audit Kali ke-2 nanti"

Aktiviti Gotong Royong Perdana kali ini dibahagikan kepada 2 sesi, yang mana sesi pertama , warga Kolej Vokasional Kajang bekerjasama membersihkan kawasan sekolah, manakala sesi kedua (selepas solat jumaat) warga Kolej Vokasional Kajang membersihkan kawasan Asrama Penuntut.

sumber :  FB/Kolej Vokasional Kajang


sumber :  FB/Kolej Vokasional Kajang

sumber :  FB/Kolej Vokasional Kajang

sumber :  FB/Kolej Vokasional Kajang

# Pembaca dialukan comment di bawah untuk menambah lagi maklumat berkenaan artikel ini.